Wednesday 24 August 2016

KENAPA HASIL SAWIT TIDAK MENENTU?

PUNCA SAWIT PERNAH BERBUAH BANYAK, SEKARANG TAK BANYAK LAGI

Barangkali ada kat kebun kita atau kebun rakan kita kes begini. Awal-awal tanam, pokok berbuah lebat. Tandan keliling pokok.

Namun bulan-bulan seterusnya, hasil pun kurang dan terus kurang. Sampaikan ada pokok yang tak ada buah langsung. Bunga jantan je ada.

Akibatnya, bila jual buah sawit, dapat duit ciput sahaja. Parah betul macam ni. Sebabnya kita nak kena pusing modal beli baja dan bersih kebun lagi.

KENAPA HASIL JADI TAK MENENTU?

Ada beberapa keadaan puncanya. Iaitu punca dari semulajadi dan punca dari kita sendiri.

Boleh jadi baja yang kita guna tu adalah booster. Iaitu dia paksa pokok untuk bagi hasil tinggi mengejut dan drastik tiba-tiba. Bulan-bulan seterusnya, pokok jadi sakit dan merajuk tidak mahu berbuah lagi.

Boleh jadi juga, pada bulan tersebut belaku perubahan cuaca mendadak. Contohnya jerebu sangat teruk atau kemarau melampau. Akibatnya pokok terencat secara semulajadi.

NAMUN…

Apa yang berlaku adalah cuaca dah baik, baja dah tabur elok tapi tetap jadi kes hasil tak menentu. Untuk kes ini, biasanya baja yang kita tabur tu tak dapat bentuk tandan. Hanya bagi subur pokok je.

Memang sebelum tu ada tandan keluar lepas tabur baja. Ini kerana baja NPK tu bertindak balas subur kan pokok. Akar pula terpaksa berkerja keras cari baja semulajadi yang membentuk tandan sawit.

Mula-mula akar dapat jumpa baja tandan semulajadi didalam tanah setempat. Lepas dah habis guna untuk bulan tu, baja tandan semulajadi dalam tanah pun dah habis. Lalu tanah kekeringan unsur baja yang berfungsi dekat bahagian bentuk tandan.

Akibatnya, kita tengok pokok sawit kita pun tak keluar tandan dengan lebat macam sebelum tu lagi.

CARA KEKALKAN HASIL

Caranya adalah kita bekalkan balik baja tandan yang disedut akar pokok. Unsur baja ini adalah BORON. Fungsinya untuk bentuk dinding sel bunga betina pokok sawit.

Jadi dengan adanya bunga betina serta bunga jantan, pokok pun akan keluarkan tandan yang lebat. Hasil jualan pula akan naik berkali-kali ganda. Memang masyuk.

AGRO MASA HADAPAN

Agro Prima Trade menerajui kempen pertanian organik. Pertanian organik bermaksud bebas toksid dan bebas racun

Agro Prima Trade adalah jenama projek pertanian berdaftar di bawah MARK & FORCE SDN BHD (1159600-H)

No comments:

Post a Comment