BAJA KELAPA SAWIT, BAJA KELAPA SAWIT TERBAIK, BAJA SAWIT
DAH TABUR BAJA BUTIR, KENAPA NAK SUSAH PAYAH PAKAI BAJA BUAH LAGI?
Bila kita pergi kedai baja, banyak jenis lah baja yang ada. Ada pakejing gitu. Ada pekejing gini.
Untuk pokok muda belum berbuah, kita boleh guna baja NPK 15-15-15. Sebabnya pokok muda perlukan baja seimbang nak bagi membesar.
Untuk pokok dah berbuah pula, kita boleh baja NPK yang nilai K dia tinggi. K ni adalah kalium atau orang panggil juga potassium. Tujuannya, K ni akan bagi buah sawit kita jadi lebat.
PERSOALANNYA, KALAU DAH PAKAI BAJA K TINGGI, PERLU KE NAK PAKAI BAJA BUAH LAGI?
Baja buah ni boleh kata baja tambahan je. Unsur yang ada dalam baja ni biasanya fokus kat Boron. Iaitu unsur pelengkap kepada unsur K tadi. Yang nak bagi buah jadi lebat.
Jawapan perlu pakai ke tidak baja tambah buah ni adalah, bergantung kepada kebun sawit kita.
Sekiranya kita pakai baja butir NPK sahaja dah hasil lebih 0.5 tan seekar sebulan, itu dah memadai.
Sekiranya kita nak hasil lebih dari 1 tan seekar sebulan, boleh gunakan baja NPK dengan baja buah.
Namun, sekiranya kita dah pakai baja butir NPK sahaja dan hasil ciput sedikit beberapa ratus kilo je seekar, itu tandanya pokok kita memang tak cukup baja buah. Untuk kes ini, boleh rawat pokok dengan baja yang ada unsur Boron.
INI CARA NAIKKAN HASIL SAWIT YANG DAH TERBUKTI