Kenapa Pokok Membesar Tak Seimbang?
Bentuk pokok sawit kita adalah gambaran kesihatan pokok tu. Macam kita juga. Waktu kecil kita pernah berlari-lari dan jatuh.
Akibat jatuh, kita pun luka. Kesan luka tu akan tinggalkan parut. Jadi dari parut kita dapat lihat gambaran kesakitan lalu.
Sama juga macam pokok sawit kurus meruncing bahagian atas. Ianya berlaku sebab pokok tidak mendapat zat cukup. Iaitu tiada unsur Phosphorous.
Kes ni boleh berlaku apabila kita tak beri pokok baja butir NPK yang secukupnya. Mungkin kita hanya tabur baja Urea padi. Atau boleh jadi kita tabur booster buah sawit sahaja.
Akibatnya pokok memang berbuah lebat mula-mula . Tapi lama-lama jadi rosak. Akhirnya tak berbuah langsung.
Kesan Apabila Pokok Kurus Meruncing
Apabila pokok meruncing, baja dan air tak dapat diagih dengan betul. Iaitu akan tersekat bahagian runcing tu.
Nak senang faham, tengok botol air mineral besar. Bila kita tuang, tak semua air dapat keluar dengan laju. Ada air tersekat kat tengkuk kecil botol.
Akibatnya pokok tak dapat baja dengan normal. Lalu lama kelamaan hasil sawit pun kurang.
Rawat Pokok Meruncing
Memandangkan pokok ni tak dapat agih baja dengan baik, maka kita perlu sediakan baja tandan buah yang mudah diserap oleh pokok. Supaya untuk bagi kekal keluarkan hasil sementara pulih.
Bentuk baja tandan buah sawit yang terbaik adalah baja cecair organik. Pastikan baja tersebut berkualiti yang memang terbukti berkesan. Juga dapat membantu meningkatkan serapan baja butir NPK menjadi lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment